Aku tak pernah berasa begitu aman dan tenteram dalam seumur hidup aku. Akan tetapi aku juga tidak pernah merasa kekosongan yang aku alami sekarang ini. Aku terpaksa meninggalkan suamiku yang tercinta di Kota Kinabalu. Perasaan ini amat aku tidak sukai semenjak aku bergelar sebagai seorang Isteri. Aku terpandang cuaca di luar kereta ketika menunggu feri menumbuk-labuan untuk sampai semula ke Labuan. Mendung semendung hatiku dan perasaan ku ketika ini. Aku rasa ingin menjerit sekuat hati mengatakan aku merindui suamiku di Sabah. Tapi apakan daya, sebagai seorang guru aku pendamkan perasaan-perasaan negative dalam hatiku. Aku harap suamiku masih mempunyai perasaan yang sama dengan diriku. Dialah pasanganku. Dialah sabahat karib ku. Nyawaku. Aku tidak boleh bayangkan kalau dia tidak ada didalam hidupku.
Kelihatan beberapa buah kapal, keliihatan begitu cantik dengan semua lampu yang dipasang. Jika sampai ke Labuan melalui feri kereta, itulah permandangan yang dulu dilihat. Dahulu, dengan permandangan ini, aku boleh tersenyum gembira. Tetapi kini permandangan itu hanyalah permandangan y6ang memilukan. Kecuali sekolah tercinta, itulah sahaja yang membuatkan aku balik ke Labuan. Keluarga? Hanya suamiku adalah keluarga ku. Segala kata-kataku disini mungkin seperti seorang yang membuang batu tapi aku dari kecil sehinggalah sudah berkahwin, amat susah keluargaku untuk menolong walaupun sekelumit bantuan. Aku bukannya minta bantuan dari segi kewangan. Tapi betul orang kata, lain padang lain belalang lain orang lain halnya. Aku mengaku, tanpa ibubapaku, aku tidak akan berjaya. Ya, mungkin orang yang sedang membaca petikan ini tidak berasa hairan. Tapi aku telah berjaya dengan pandangan negative ibu dan bapaku. Hairan? Tak.. Kerana bagi ibuku biarlah tidak payah belajar sehingga ke menara gading, pasti akan bekerja. Tidak payah tinggal jauh dari rumah, mereka boleh member I makan. Tapi sampai bila? Aku dah ikut kata-kata mereka selama 5 tahun. Aku jadi anti-sosial. Takut dengan orang di luar sana. Aku tidak boleh. Akhirnya dengan pendapat dan pandangan mereka itulah yang membuatkan aku jadi berani, kuat dan keras. Seingatku, aku sentiasa tidak berani dan amat penakut dari kecil hinggalah ke tingkatan 6. Dengan itu aku telah keluar dari kepompong keluarga ku. Aku melanjutkan pengajian ke Shah Alam, UiTM. Di sanalah aku mengenal dunia dari segi pendidikan. Tetapi setelah keluar dari hidup sebagai seorang pelajar aku kembali semula ke kepompong keluarga ku. Bermulalah semula kehidupan tertutup. Aku tidak boleh menghadapinya. Aku sanggup keluar ke Kota Kinabalu. Di sanalah aku mengenal hidup sebagai seorang manusia dan perasaan sebagai seorang wanita.
Aku tidak tahu apa yang dirancang oleh Tuhan untuk diriku dan suamiku.
to be continue
No comments:
Post a Comment